MuizzMan Frozen Foods telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan telah berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada tahun 2012. Pada permulaan penubuhannya, MuizzMan Frozen Foods terbabit dalam penghasilan kuih muih tradisional yang disejukbekukan ( frozen) di bawah jenama MUIZZMAN. Ia bermotifkan kepada penyediaan yang mudah untuk para penguasaha kantin, pengusaha majlis, para ibu yang bekerjaya dengan slogan “Nikmati citarasa asli, mudah dan enak sekali”. Terdapat 11 jenis kuih tradisional Melayu yang dihasilkan seperti karipap, apam gula hangus, kuih rengas, putri ayu dan sebagainya. Kesinambungan kepada ini, pada tahun 2015, Muizzman Frozen Foods mengembangkan lagi pasaranya dengan memfokus kepada penghasilan SATE MODEN iaitu SATE SEJUKBEKU dengan tagline, “ SATE MODEN CITARASA KLASIK, MUDAH & ENAK SEKALI”…..
Satay mentah diperkenalkan untuk memudahkan penyediaan satay konvensional yang rumit prosesnya, tetapi tetap mengekalkan rasa asli satay serta kaya dengan rempah ratus serta kuih muih sejukbeku yang masih mengekalkan ciri aslinya. Satay mentah Muizzman dihasilkan daripada bahan mentah iaitu daging dan rempah ratus yang berkualiti tinggi untuk menjamin kesegaran dan kualiti produk sataynya. Saiz sataynya juga besar anggaran 20 gm++, amat sesuai untuk para peniaga satay, untuk majlis-majlis, restoran-restoran, hotel-hotel dan juga para peminat satay.
Kini pada tahun 2020, kami meneroka pasaran baru dengan menghasilkan snek ringan iaitu kerepek. Muizzman menfokuskan kepada penghasilan Kerepek Tempe buat masa ini.
Bagi menyahut cabaran serta untuk mencapai misi dan visi syarikat, pihak kami telah mengikuti Kursus Pengendalian Makanan yang dianjurkan oleh pihak yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Misi Perintis Makanan Tradisional Berkualiti Dalam Bentuk Moden
Visi Berkualiti, Asli, Keenakan Terjamin. Kepuasan Pelanggan Diutamakan.