Kerepek Tempe Muizzman dihasilkan menggunakan bahan mentah berkualiti tinggi untuk menghasilkan produk akhir yang bercitarasa tinggi. Kerepek Tempe Muizzman dihiris nipis sehingga ia menjadi ranggup dan enak dinikmati oleh pelbagai lapisan dari golongan dewasa mahupun kanak-kanak.
Kerepek Tempe Muizzman 100% buatan bumiputera muslim dan dihasilkan secara tempatan. Kerepek tempe Muizzman menggunakan tempe segar yang dihasilkan dengan mencampurkan bijian kacang soya dengan tepung untuk menghasilkan kerepek yang pastinya " SEDAP & RANGGUP".
Di datangkan dengan 3 perasa iaitu: Kerepek Tempe perasa Original, Kerepek Tempe perasa Keju dan Kerepek Tempe perasa Pedas. Kerepek Tempe Muizzman terdapat di dalam 2 saiz pembungkusan iaitu saiz kecil dengan berat 200 gm dan saiz besar dengan berat 500 gm.